Skip to main content

3 Tips Menyelesaikan Masalah Kulit Kusam.

Banyak cara dan tips menghilangkan masalah kulit kusam. Salah satunya ialah mengunakan bahan-bahan dapur yang mudah didapatkan dan cara penyediaan yang sangat simple selamat dan berkesan padam kulit wajah.


Berikut adalah cara dan tips mengilangkan masalah kulit kusam dengan mudah.

1. Pisang


Pisang adalah salah satu buah yang senang dan mudah untuk didapatkan. Buah pisang juga mempunyai sumber vitamin dan mineral yang sangat bagus untuk mencerahkan kulit wajah.

Selain daripada mengamalkan makan buah pisang, boleh menjadikan buah pisang sebagai masker.

Cara penyediaannya ialah hancurkan buah pisang kedalam bekas yang bersih dan campurkan sedikit minyak zaitun. Seterusnya bolehlah sapu pada kulit wajah dalam beberapa minit iaitu 10-15minit pun okay. Boleh dibuat setiap hari sebagai rutin harian.

2. Putih Telur

Selain daripada telur boleh dimakan, putih telur ini juga boleh dibuat sebagai masker untuk dijadikan kulit jadi lebih cerah tanpa masalah kulit kusam lagi.

Caranya mudah saja. Hanya sapukan putih telur pada kulit wajah dan boleh dibawah tidur. Keesokan hari boleh cuci dengan air yang bersih. Selepas cuci kulit wajah dapatkan kesegeran kulit wajah anda 😉.

3. Tomato


Selain daripada boleh dimakan, tomato ini boleh dibuat masker dan juga boleh mencegah daripada jerawat tumbuh. DiSebabkan tomato ini sangat tinggi dengan kandungan antioksidan yang bagus untuk kesihatan kulit wajah.

Cara penyediaan masker adalah hancurkan tomato sehingga hancur dan boleh sapu pada permukaan kulit wajah serta biarkan selama 10-15minit. Kemudian bolehlah cuci dengan air yang suam².

Selain daripada tips yang saya telah kongsikan ini. Anda boleh lah baca entri ini cara mudah dapatkan kulit wajah cantik  .

Semoga tips yang saya sampaikan untuk masalah kulit kusam ini dapat memberikan manfaat untuk semua yang memerlukan.

Selamat mencuba!

Luv,
Fanny

Facebook : Fanny Lora
Instagram : Fanny_Vitamin

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Makanan Suku Kaum Tradisi KadazanDusun Sabah

Dalam entri kali ini Fanny akan senaraikan beberapa jenis-jenis makanan tradisi suku kaum KadazanDusun orang sabah. Biar pun Fanny ini mix blood ( Dusun + Tagalog ) tapi sebagai kaum dusun wajar amabil tahu tradisi makanan suku kaum KadazanDusun. Seperti yang Fanny sudah sedia maklum tentang makanan tradisi suku kaum KadazanDusun ialah : Bosou Sada (Jeruk Ikan ) Hinava ( Ikan Segar ) Tuhau  Bambangan Bosou  Bosou ini dikenali sebagai Tonsom yang wajib dihidangkan masa perayaan seperti Pesta Keamataan yang akan berlangsung setiap tahun pada Bulan May. Bosou ini kebiasaan akan dihasilkan Ikan sungai atau daripada dagin mentah ( non-halal ) Bosou disediakan daripada daging atau ikan Mentah. Campurkan nasi putih, ikan atau daging (non-halal), garam, lada putih, dan buah pepaya mentah di potong dadu. Gaulkan kesemua bahan dan masukkan kedalam bekas yang bersih, tunggu 12-15hari untuk dihidangkan. Hinava  Hinava juga me...

Amalkan Minum Air Kosong Setiap Hari Mengikut 4 Waktu

Ramai yang fikir minum air kosong yang melebihi kuantiti baik untuk kesihatan. Sebenarnya minum air kosong adalah penting untuk tubuh badan kita tapi sekiranya minum air kosong secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Macam yang Fanny cakap di atas tadi pengambilan air berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Tetapi bagai mana pula bagi mereka yang tidak suka minum air kosong? Sebenarnya fanny adalah salah seorang yang tergolong bagi mereka yang tidak suka minum air kosong mengikut kuantiti berat badan. Disebabkan air kosong tidak sedap lah punca fanny tidak suda minum air kosong. Hahaha ! Kalau bukan air manis tidak lah fanny minum air. Tapi sejak fanny perasaan kulit fanny makin kering dan kusam. Fanny pandai minum air mengikut waktu setiap hari. Sekiranya kamu tidak suka minum air kosong, Fanny ada tip mudah yang boleh kita amalkan bersama-sama setiap hari mengikut waktu. 1. Bangun Tidur Minumlah air kosong 2 gelas untuk mengaktifkan organ dalaman kita....

Sebab Dia Lah Saya Tidak Dapat Terpisah Dengan SHAKLEE

April 2017 yang lepas saya tidak akan join shaklee kalau bukan Husband saya yang bagi yakin kan saya dengan produk shaklee. Sampai lah saya cakap dengan husband saya, Betul kah itu produk bagus ? Dan saya cakap saya takut mahu mencuba produk yang saya tidak yakin.  husband saya bertanya dengan saya. Bukan kau mahu bagi kurang berat badan kah itu ? Ermm . Ya memang mahu kasih kurang berat tapi bukan itu cara saya.  Dan husband saya bertanya lagi dengan saya. ESP Itu bagus untuk kasi kurang berat badan sebab tinggi dengan protien dari tumbuh-tumbuhan , ESP bantu kasih kekal bertenaga sepanjang hari dan juga bagus untuk tahan lapar. oh. bah yalah ( panjang lebar husband saya cakap tentang ESP tapi pendek saja saya jawab. ) So nampak sangat yang saya tidak bermiat dengan shaklee produk masa itu.  Dan keesokan hari, husband saya masih bertanya benda yang sama juga tentang Produk Shaklee. Panjang lebar dia bertanya mahu kasi yakin saya tapi tapi s...