Skip to main content

Kenali Makanan Suku Kaum Tradisi KadazanDusun Sabah



Dalam entri kali ini Fanny akan senaraikan beberapa jenis-jenis makanan tradisi suku kaum KadazanDusun orang sabah.

Biar pun Fanny ini mix blood ( Dusun + Tagalog ) tapi sebagai kaum dusun wajar amabil tahu tradisi makanan suku kaum KadazanDusun.

Seperti yang Fanny sudah sedia maklum tentang makanan tradisi suku kaum KadazanDusun ialah :
  1. Bosou Sada (Jeruk Ikan )

  2. Hinava ( Ikan Segar )

  3. Tuhau 

  4. Bambangan

Bosou 



Bosou ini dikenali sebagai Tonsom yang wajib dihidangkan masa perayaan seperti Pesta Keamataan yang akan berlangsung setiap tahun pada Bulan May.

Bosou ini kebiasaan akan dihasilkan Ikan sungai atau daripada dagin mentah ( non-halal )
Bosou disediakan daripada daging atau ikan Mentah.

Campurkan nasi putih, ikan atau daging (non-halal), garam, lada putih, dan buah pepaya mentah di potong dadu. Gaulkan kesemua bahan dan masukkan kedalam bekas yang bersih, tunggu 12-15hari untuk dihidangkan.

Hinava 



Hinava juga merupakan salah satu hidangan tradisi suku kaum kadazandusun di sabah.

Hinava ini akan dihasilkan dengan daripada isi ikan segar yang akan dicampurkan dengan bawang merah, halia, lada padi, garam secukup rasa, limau kapas supaya isi ikan segar mudah masak.

Ini adalah hidangan yang sangat simple tidak perlu masak, sebab isi ikan segar ini akan masak dengan campuran limau kapas yang sudah diparah.

Campurkan kesemua bahan, gaul sehingga sebati dan biarkan 30minit sehingga 1jam dan hidangkan.

Tuhau



Tuhau ini sejenis tumbuhan yang boleh dimakan setelah dihasilkan secara buat sambal.

Tumbuhan yang sangat fresh dan digemari ramai orang sabah.

Hiris halus isi tuhau dan jeruk dengan campuran Limau atau cuka, garam secukup rasa, lada padi dan belaca yang sudah dibakar baru aroma yang wangi.

Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati dan biarkan dalam 30minit agar rasa akan mersap.

Bambangan



Bambang ini adalah sejenis buah yang boleh dibuat jeruk. Warna dan rasa hampir sama seperti buah mangga tetapi bukan buah mangga.

Hiris isi bambangan dicampur sekali dengan biji buah bambangan yang telah diparut dam campurkan sedikit garam.

Bila kesemua bahan sudah dicampurkan dan digaul sehingga sebati, isikan kedalam botol bersih ataupun tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Inilah antara makanan tradisi suku kaum KadazanDusun yang wajib dihidangkan tiba masa perayaan.

Sehingga hari ini makanan tradisi ini digemari ramai dengan semua Orang sabah mahu pun bukan suku kaum KadazanDusun.
Selamat mencuba semua.

Luv, 
Fanny

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Elakkan Kencing Kotor Dengan Vitamin Shaklee

Kencing kotor ? Dengar bunyi saja rasa perkara biasa kan ? Disebabkan mungkin ada yang fikir air kencing ini memang kotor. Tetapi tahu kah kamu  apa itu kencing kotor ? Mari kita sama-sama kenali apa itu maksud sebenarnya kencing kotor dan juga cara-cara untuk mengetasinya. First kita kena kenali tentang kencing kotor. Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair yang ada didalam basan kita. Dimana air kencing bergerak dari buah pinggang memalui tiub kecil yang dikenali sebagai  ureter ke pundi kencing , iaitu tempat air kencing disimpan. Air kencing kita ini akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra itu. Jangkitan saluran kencing  ( UTI- Unirary Tract Infection ) iaitu jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabakan oleh Kuman Bakteria Escherichia Coli (E.Coli) Punca-Punca Kencing Kotor Tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar Hubungan seks yang m

Amalkan Minum Air Kosong Setiap Hari Mengikut 4 Waktu

Ramai yang fikir minum air kosong yang melebihi kuantiti baik untuk kesihatan. Sebenarnya minum air kosong adalah penting untuk tubuh badan kita tapi sekiranya minum air kosong secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Macam yang Fanny cakap di atas tadi pengambilan air berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Tetapi bagai mana pula bagi mereka yang tidak suka minum air kosong? Sebenarnya fanny adalah salah seorang yang tergolong bagi mereka yang tidak suka minum air kosong mengikut kuantiti berat badan. Disebabkan air kosong tidak sedap lah punca fanny tidak suda minum air kosong. Hahaha ! Kalau bukan air manis tidak lah fanny minum air. Tapi sejak fanny perasaan kulit fanny makin kering dan kusam. Fanny pandai minum air mengikut waktu setiap hari. Sekiranya kamu tidak suka minum air kosong, Fanny ada tip mudah yang boleh kita amalkan bersama-sama setiap hari mengikut waktu. 1. Bangun Tidur Minumlah air kosong 2 gelas untuk mengaktifkan organ dalaman kita.