Skip to main content

Kenali Makanan Suku Kaum Tradisi KadazanDusun Sabah



Dalam entri kali ini Fanny akan senaraikan beberapa jenis-jenis makanan tradisi suku kaum KadazanDusun orang sabah.

Biar pun Fanny ini mix blood ( Dusun + Tagalog ) tapi sebagai kaum dusun wajar amabil tahu tradisi makanan suku kaum KadazanDusun.

Seperti yang Fanny sudah sedia maklum tentang makanan tradisi suku kaum KadazanDusun ialah :
  1. Bosou Sada (Jeruk Ikan )

  2. Hinava ( Ikan Segar )

  3. Tuhau 

  4. Bambangan

Bosou 



Bosou ini dikenali sebagai Tonsom yang wajib dihidangkan masa perayaan seperti Pesta Keamataan yang akan berlangsung setiap tahun pada Bulan May.

Bosou ini kebiasaan akan dihasilkan Ikan sungai atau daripada dagin mentah ( non-halal )
Bosou disediakan daripada daging atau ikan Mentah.

Campurkan nasi putih, ikan atau daging (non-halal), garam, lada putih, dan buah pepaya mentah di potong dadu. Gaulkan kesemua bahan dan masukkan kedalam bekas yang bersih, tunggu 12-15hari untuk dihidangkan.

Hinava 



Hinava juga merupakan salah satu hidangan tradisi suku kaum kadazandusun di sabah.

Hinava ini akan dihasilkan dengan daripada isi ikan segar yang akan dicampurkan dengan bawang merah, halia, lada padi, garam secukup rasa, limau kapas supaya isi ikan segar mudah masak.

Ini adalah hidangan yang sangat simple tidak perlu masak, sebab isi ikan segar ini akan masak dengan campuran limau kapas yang sudah diparah.

Campurkan kesemua bahan, gaul sehingga sebati dan biarkan 30minit sehingga 1jam dan hidangkan.

Tuhau



Tuhau ini sejenis tumbuhan yang boleh dimakan setelah dihasilkan secara buat sambal.

Tumbuhan yang sangat fresh dan digemari ramai orang sabah.

Hiris halus isi tuhau dan jeruk dengan campuran Limau atau cuka, garam secukup rasa, lada padi dan belaca yang sudah dibakar baru aroma yang wangi.

Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati dan biarkan dalam 30minit agar rasa akan mersap.

Bambangan



Bambang ini adalah sejenis buah yang boleh dibuat jeruk. Warna dan rasa hampir sama seperti buah mangga tetapi bukan buah mangga.

Hiris isi bambangan dicampur sekali dengan biji buah bambangan yang telah diparut dam campurkan sedikit garam.

Bila kesemua bahan sudah dicampurkan dan digaul sehingga sebati, isikan kedalam botol bersih ataupun tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

Inilah antara makanan tradisi suku kaum KadazanDusun yang wajib dihidangkan tiba masa perayaan.

Sehingga hari ini makanan tradisi ini digemari ramai dengan semua Orang sabah mahu pun bukan suku kaum KadazanDusun.
Selamat mencuba semua.

Luv, 
Fanny

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalkan Minum Air Kosong Setiap Hari Mengikut 4 Waktu

Ramai yang fikir minum air kosong yang melebihi kuantiti baik untuk kesihatan. Sebenarnya minum air kosong adalah penting untuk tubuh badan kita tapi sekiranya minum air kosong secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Macam yang Fanny cakap di atas tadi pengambilan air berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Tetapi bagai mana pula bagi mereka yang tidak suka minum air kosong? Sebenarnya fanny adalah salah seorang yang tergolong bagi mereka yang tidak suka minum air kosong mengikut kuantiti berat badan. Disebabkan air kosong tidak sedap lah punca fanny tidak suda minum air kosong. Hahaha ! Kalau bukan air manis tidak lah fanny minum air. Tapi sejak fanny perasaan kulit fanny makin kering dan kusam. Fanny pandai minum air mengikut waktu setiap hari. Sekiranya kamu tidak suka minum air kosong, Fanny ada tip mudah yang boleh kita amalkan bersama-sama setiap hari mengikut waktu. 1. Bangun Tidur Minumlah air kosong 2 gelas untuk mengaktifkan organ dalaman kita....

Rasiah Dan Tips Kulit Kekal Cantik & Sihat Secara Semulajadi.

Haiii Semuaaa 😉 . Saya akan kongsikan tips untuk cara kekal cantik dan sihat secara semulajadi. Untuk lebih yakin dalaman kena lah jaga secara sihat maka luaran akan kelihatan sihat dan cantik. 👉 Minum Air Yang Cukup setiap hari sangat penting. Pengambilan air putih setiap hari sangat penting dan mudah. Tapi masih ramai yang tidak mengamalkan minun air yang cukup dalam sehari maka itu adalah rutin harian yang sangat mudah. Untuk dapat kulit yang cantik perlu minum air putih 3liter atau pun 8 gelas dalam sehari suda cukup.  Jadi kenalah disiplinkan diri setiap hari wajib minum air ikut sukatan macam yang saya terangkan.  P/s : Banyakkan minum air putih dan kurangkan minum air manis demi kesihatan tubuh badan dan dapatkan kulit yang cantik secara Sihat. 👉 Cuci muka juga tips dapat kulit Sihat dan cantik. Cuci muka dengan air suam kemudian letakkan sabun pencuci muka ditangan. Sapu sabun di muka secara perlahan, dan cuci muka d ba...