Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Set Kecantikan Kulit Shaklee Secara Luaran Dan Dalaman!

Disempena hujung bulan May ini, seperti mana yang semua sudah sedia maklum tentang kawasan sabah sedang meraikan Tadau Kaamatan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan Kuma Toinsanan Tompinai Ngawi Om Iri-Iri Noh Mantad Doho. Aramatiee ! Okay jom kita sambung entri last untuk bulan May 2k18 ini. Seperti mana yang saya sudah tahu dan sedia maklum shaklee mempunyai produk kecantikan kulit iatu menjaga secara dalaman dan luaran lebih nampak cantik sihat dan berseri-seri, sebab saya percaya dan yakin kesihatan dalaman akan menyerlahkan aspek luaran kita. Antara produk kecantikan kulit yang saya akan kongsikan hari ini ialah seperti berikut : SET RADIANT & NEW SKIN CARE SHAKLEE 1. ESP ( ENERGIZING SOY PROTIEN )  2. COLLAGEN POWDER 3. GLA COMPLEX 4. SR VITA C 5. FULL SET YOUTH SKIN CARE  1. ESP Esp soy protien isolate powder merupakan sumber biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan semulajadi rendah lemak, bebas kolestr

Cara Mudah Kecutkan Jerawat Mudah Dan Berkesan!

Haii semua? Semua sihat? Hari ini Saya mahu kongsikan cara saya kecutkan jerawat dikulit wajah. Maklumlahkan perempuan hormon tidak menentu. Bila jerawat naik saja sudah pasti bendera jepun say hello 😉 Tapi bagi setia wanita jerawat adalah musuh utama bagi wanita. Bila jerawat naik saja pasti tidak tentram, mahu saja jerawat itu kecut dan hilang dengan cepat di kulit wajah kan? Dan akhir-akhir ini banyak pula jerawat timbul dikulit wajah saya. Kamu mahu tahu apa cara yang saya gunakan untuk kecutlan jerawat dengan lwbih cepat? Mari kita lihat bersama cara-cara saya kecutkan jerawat dengan lebih cepat mudah dan berkesan. 1. Ais batu Saya suka letak ais batu ini bila rasa jerawat tu macam sakit dan mahu mula membengkak. Ais batu ini membantu untuk kurangkan bengkak jerawat dan kecutkan jerawat dengan lebih cepat dan mudah. 2. DIY Masker Madu Lemon dan Alfalfa Saya bacuh madu dan letak air lemon kedalam bekas dan masukkan kedalam peti sejuk agar lebih segar letak

Kelebihan Dan Kebaikan Peppermint Ginger Plus

Peppermint Gingger Plus mempunyai kebaikan dan kelebihan yang banyak. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk peppermint gingger plus ini yang membuatkan ramai yang suka dengan produk ini disebabkan masalah seperti ini : 🌱 Mereka yang mengalami masalah gastrik . 🌱 Ibu Mengandung yang ada masalah loya dan morning sickness. 🌱 Mereka yang ada masalah banyak angin dalam badan dan perut kembung. 🌱 Mereka yang mengalami masalah sembelit mahu pun kurang lawas. Peppermint Ginger Plus Shaklee membantu membuang angin dan seterusnya melegakan sistem penghadaman di dalam perut. Pudina pula menggalakkan proses penyerapan nutrisi halia terbabit disamping menyamankan perut kita. 🍀 Kelebihan Peppermint Ginger Plus Shaklee 🌱 Memberikan kelebihan pada otot perut untuk melancarkan sistem penghadaman 🌱 Mempunyai rasa pudina yang memberikan kesegaran kita mengambilnya. 🌱 Boleh diambil oleh mereka yang selesema kerana kita akan berpeluh untuk menghalang daripada dijangkiti de

Resepi Ayam Masak Butter Dari Fanny

Hello semua pembaca setia entri Fanny. Untuk Entri kali ini Fanny mahu kongsikan bagaiman Fanny Berjaya menyediakan menu dan memasak ayam butter. Sebelum ini Fanny Memang suka masak tapi Fanny tidak pandai memasak butter ayam, udang dan sebagainya. Sampai 1 masa Fanny nampak kawan Fanny masak Udang Butter. Disana Fanny Pun minta PM cara masak dan menu penyediaan butter. Fanny Cuba ikut menu yabg di beri Finally Fanny pun makin fasih dengan memasak ayam masak butter dan berani berkongsi idea 😉 Mari kita lihat bahan-bahan yang digunakan untuk memasak ayam butter dan cara memasak. Bahan bahan: 2 keping ayam ( Tidak kira bahagian paha & dada ) 2 Ulas bawang putih - cincang 1/2 bawang besar - hiris halus 2 sb butter Lite 2 chili padi - cincang 1 pelepah daun kari 230 ml susu cair - ikut kepekatan yang disukai Secubit serbuk meggie cukup rasa Garam Serbuk lada hitam Bahan perap: 1 sk garam 2 sk serbuk kari Bahan Celup : 2 sb tepung gandum/tepung

Punca Wajah Berminyak Dan Cara Mengatasinya

Kebanyakan kulit wajah wanita Asia terutamanya di Malaysia iaitu negara kita sendiri ini kebanyakan terdiri daripada golongan kulit berminyak. Faktor cuaca yang panas dan berpeluh memberi kesan kepada kulit wajah mudah berminyak. Kulit berminyak menyebabkan kita kurang selesa dan boleh mengganggu aktiviti harian kita. Kulit yang berminyak ini menyebabkan jerawat tumbuh dan liang-liang roma tertutup. Ini adalah antara punca berlakunya pengumpulan sel-sel mati dan meninggalkan kesan parut dan merosakkan kulit wajah. KENAPA KULIT WAJAH KITA MUDAH BERMINYAK? Kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit kita. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sebum ini terjadi. 🍀 MAKANAN BERMINYAK Punca utama pada kulit wajah sentiasa berminyak ialah disebabkan makan makanan yang bergoreng, berminyak dan yang berlemak secara berlebihan. Makanan berminyak ini juga sebenarnya menjadi punca u

Cara Mudah Menghilangkan Masalah Kulit Wajah Sunbrn

Siapa cakap tiada cara untuk hilangkan  masalah kulit wajah sunburn? Hari ini saya akan kongsikan cara-cara mudah dan berkesan hilangkan sunburn. CARA MUDAH HILANGKAN SUNBURN. Caranya sangat mudah. Amalkan setiap hari secara konsisten pasti berkesan dengan bahan yang sangat mudah didapatkan. 1. TEMBIKAI Hiris nipis dan potongan tembikai dan tekankan pada wajah yang sudah dibersihkan. Amalkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih. Tembikai mengandungi zat astrigen yang mampu menyejukkan wajah terbakar akibat matahari. 2. TIMUN Ambil beberapa biji timun kecil dan kisar hingga hancur. Campur dengan 2 sudu susu tepung dan kacau hingga pekat dan sapu pada seluruh kulit wajah seperti masker. 3. LIDAH BUAYA Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan ambil lendirnya. Sapukan pada kulit wajah sambil mengurut perlahan. Amalkan setiap hari sehingga kesan kulit terbakar hilang. 4. AIS Sekiranya kesan sunburn masih baru, cuci muka bersama air yang bercampur

Alfalfa Complex Adalah Milkbooster Terbaik

Apa itu MilkBooster? Apakah MilkBooster terbaik untuk anda dan bayi anda? Sudah mestilah MilkBooster terbaik adalah yang dapat membantu banyakkan susu ibu ketika air susu semakin kurang. Dan ini lah masa Alfalfa bertindak membantu merangsang pengeluaran susu dengan lebih cepat dan lebih pekat lagi. BAGAIMANA ALFALFA MEMBANTU SEBAGAI MILKBOOSTER? 🌱 Alfalfa adalah milk booster yang telah digunakan sekian lama di benua Amerika. Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah yang tidak boleh dicapai oleh tumbuhan lain. VITAMIN YANG TERDAPAT DALAM ALFALFA : 🌱 Vitamin A – baik untuk mata. Membina ketahan terhadap jangkitan, menggalakan kulit yang sihat, menggalakkan pertumbuhan sel, penting semasa kehamilan. 🌱 Vitamin E – melindungi sel2 daripada kerosakkan akibat sinaran matahari dan pencemaran udara, kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot, memperbaiki fungsi imun, menguatkan otot di dalam badan, membantu menguatkan dinding pembuluh darah, memba

5 Petua Menyelasaikan Masalah Sembelit Ibu Hamil.

Kebanyakan dikalangan ibu hamil ramai zaman sekarang ramai yang mengadu mengalami masalah sembelit ketika hamil. Memandangkan masa hamil ibu tidak digalakkan makan ubat sembarangan kerana boleh membahayakan bayi. Tetapi disini saya mahu kongsikan 5 cara hilangkan sembelit ketika hamil dengan cara yang lebih selamat dan berkesan. Sebelum itu mari kita lihat bersama apa faktor-faktor penyebab sembelit. FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA SEMBELIT : 🌱 Kurangnya minum air. Apabila tubuh mengalami hidrasi, usus akan menyerap lebih banyak air menyebabkan najis menjadi kering dan keras. 🌱 Kurang pengambilan serat. Serat atau fiber banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran seperti pisang, betik, oat dan brokoli. 🌱 Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh. 🌱 Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua. Apabila metabolisma tubuh menjadi kurang, pengerakan usus juga menjadi lemah dan sukar membuang air besar. 🌱 Sembelit yan

Faktor Dan Petua Untuk Menghilangkan Masalah Nafas Berbau.

Semua disini pun tidak mahu bila berdepan dengan orang sekiranya mulut berbau kan? Mulut berbau ini sangat tidak menyenangkan bagi diri sendiri dan juga orang lain. Tapi disini saya ingin kongsikan bersama petua-petua untuk menghilangkan masalah mukut berbau. Tetapi sebelum itu mari kita lihat bersama apa Faktor-faktor yang menyebabkan mulut berbau : Penyebab mulut berbau : 1. Merokok 2. Gangguan saluran pencernaan 3. Jarang memberus gigi 4. Jangkitan pada saluran pernafasan 5. Pengumpulan toksin dalam badan Mari kita lihat pula cara mengatasi masalah mulut berbau. Ini merupakan cara mudah yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah bau mulut. 1. Kayu manis Kayu manis mengandungi aldehida cinnamic, minyak essential yang bukan sahaja menutupi bau mulut tetapi juga mengurangkan jumlah bakteria jahat di dalam mulut. Caranya adalah didihkan satu senduk teh bubuk kayu manis dalam secawan air. Tapis airn dan gunakan sebagai ubat kumur. 2. Berus gigi 2 kali dalam