Skip to main content

5 Cara Petua Kekal Kulit Wajah Lebih Cantik Dengan Ketulan Ais

Ramai Disini yang tidak akan sangka ketulan ais boleh mencantikkan kulit wajah tanpa mengunakan lain-lain bahan selain mengunakan Ketulan ais.


Sangat murah dan senang didapati. Buat ketulan ais sendiri pun boleh tanpa menbazirkan wang ringgit yang banyak.

Jom kita lihat bagaimana ketulan ais ini boleh membantu kulit wajah kelihatan lebih cantik.

1. Mengecilkan Liang Pori

Tekapkan ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil dan bersih pada wajah dan ratakan selama 2 atau 3 minit. Sekiranya dilakukan secara konsisten, liang pori yang besar dan terbuka akan mula untuk tertutup dalam beberapa hari.

2. Mengatasi Wajah Berjerawat

Terapi ais merupakan salah satu kaedah yang baik untuk melawan masalah jerawat. Bersihkan muka, balut ais dengan sapu tangan atau kain bersih kemudian tekan lembut pada bahagian jerawat selama 3 hingga 5 minit.

3. Menyegarkan Kulit Wajah

Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah dengan menekapnya pada wajah atau letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekap pada wajah anda.

4. Melembutkan Kulit Wajah

Setelah membersihkan wajah, isikan plastik dengan ais, urut wajah dan leher perlahan-lahan selama 3minit. Terapi ais juga menghalang kedutan dan membantu tidur yang lebih lena dan selesa.

5. Mengurangkan Kedutan kulit wajah

Sapu perlahan ais yang sudah dibalut didalam tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta membantu mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam.

Semoga Petua dari saya ini bermanfaat untuk kita semua.

Selamat mencuba semua!

Comments

Popular posts from this blog

Cara Elakkan Kencing Kotor Dengan Vitamin Shaklee

Kencing kotor ? Dengar bunyi saja rasa perkara biasa kan ? Disebabkan mungkin ada yang fikir air kencing ini memang kotor. Tetapi tahu kah kamu  apa itu kencing kotor ? Mari kita sama-sama kenali apa itu maksud sebenarnya kencing kotor dan juga cara-cara untuk mengetasinya. First kita kena kenali tentang kencing kotor. Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair yang ada didalam basan kita. Dimana air kencing bergerak dari buah pinggang memalui tiub kecil yang dikenali sebagai  ureter ke pundi kencing , iaitu tempat air kencing disimpan. Air kencing kita ini akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra itu. Jangkitan saluran kencing  ( UTI- Unirary Tract Infection ) iaitu jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabakan oleh Kuman Bakteria Escherichia Coli (E.Coli) Punca-Punca Kencing Kotor Tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar Hubungan seks yang m

Kenali Makanan Suku Kaum Tradisi KadazanDusun Sabah

Dalam entri kali ini Fanny akan senaraikan beberapa jenis-jenis makanan tradisi suku kaum KadazanDusun orang sabah. Biar pun Fanny ini mix blood ( Dusun + Tagalog ) tapi sebagai kaum dusun wajar amabil tahu tradisi makanan suku kaum KadazanDusun. Seperti yang Fanny sudah sedia maklum tentang makanan tradisi suku kaum KadazanDusun ialah : Bosou Sada (Jeruk Ikan ) Hinava ( Ikan Segar ) Tuhau  Bambangan Bosou  Bosou ini dikenali sebagai Tonsom yang wajib dihidangkan masa perayaan seperti Pesta Keamataan yang akan berlangsung setiap tahun pada Bulan May. Bosou ini kebiasaan akan dihasilkan Ikan sungai atau daripada dagin mentah ( non-halal ) Bosou disediakan daripada daging atau ikan Mentah. Campurkan nasi putih, ikan atau daging (non-halal), garam, lada putih, dan buah pepaya mentah di potong dadu. Gaulkan kesemua bahan dan masukkan kedalam bekas yang bersih, tunggu 12-15hari untuk dihidangkan. Hinava  Hinava juga merupakan salah satu hidan

Amalkan Minum Air Kosong Setiap Hari Mengikut 4 Waktu

Ramai yang fikir minum air kosong yang melebihi kuantiti baik untuk kesihatan. Sebenarnya minum air kosong adalah penting untuk tubuh badan kita tapi sekiranya minum air kosong secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Macam yang Fanny cakap di atas tadi pengambilan air berlebihan boleh membahayakan kesihatan. Tetapi bagai mana pula bagi mereka yang tidak suka minum air kosong? Sebenarnya fanny adalah salah seorang yang tergolong bagi mereka yang tidak suka minum air kosong mengikut kuantiti berat badan. Disebabkan air kosong tidak sedap lah punca fanny tidak suda minum air kosong. Hahaha ! Kalau bukan air manis tidak lah fanny minum air. Tapi sejak fanny perasaan kulit fanny makin kering dan kusam. Fanny pandai minum air mengikut waktu setiap hari. Sekiranya kamu tidak suka minum air kosong, Fanny ada tip mudah yang boleh kita amalkan bersama-sama setiap hari mengikut waktu. 1. Bangun Tidur Minumlah air kosong 2 gelas untuk mengaktifkan organ dalaman kita.